Sabtu, 10 Disember 2011

SEJAUH MANA KITA MEMAHAMI...

Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran: Sejauh Mana Kita Memahaminya


Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendefinisikan murid yang mengalami Masalah Pembelajaran sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Terdapat pelbagai kategori murid bermasalah pembelajaran seperti Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif, terencat akal minima, kurang upaya dalam pembelajaran (learning disabilities) dan kurang upaya dalam pembelajaran khusus contoh disleksia. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini berada di sekeliling kita dan jumlahnya semakin bertambah dengan meningkatnya tahun ke tahun. Terdapat banyak faktor peningkatan kelahiran kanak-kanak ini seperti faktor usia ibu, masalah kesukaran semasa kelahiran, pemakanan, pencemaran alam sekitar mahupun baka. Kanak-kanak ini mungkin jiran kita, sanak-saudara, murid-murid mahupun anak sendiri. Persoalannya sejauhmanakah kita mengenali kelompok ini dan bagaimanakah kita dapat membantu mereka menjalani kehidupan harian sebagaimana kanak kanak normal yang lain? Artikel ini akan menyentuh kategori murid bermasalah pembelajaran untuk mengenali mereka seterusnya memahami nature mereka supaya kita menjadi sebahagian masyarakat yang prihatin dan penyayang selaras dengan visi Wawasan 2020. Sindrom Down Merupakan kecelaruan genetik yang menyebabkan kerencatan akal pada kanak-kanak. Ia berpunca dari lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke 21 yang juga dikenali sebagai Trisomo 21. Individu ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang jelas yang biasa dilihat seperti mata sepet, hidung penyek, bertubuh rendah, lidah yang tebal dan panjang (menyebabkan kesukaran mereka bertutur) dan jari tangan yan pendek (menyebabkan kesukaran memegang pensel dan gunting). Ujian pra natal bertujuan mengesan kecacatan semasa janin yang biasa dijalankan adalah amniocentesis, Chorionic Villus Biopsy (CVB) dan Chorionic Villus Sampling (CVS).

Autisme
Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme bermaksud aliran. Kanak-kanak Autisme bermaksud kanak-kanak yang berada di dalam dunianya sendiri. Ia biasanya mula dikesan pada kanak-kanak yang berusia 3 tahun disebabkan oleh kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Individu ini biasanya sukar diajak bercakap dan suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu, mengeluarkan bahasa sendiri yang sukar difahami oleh orang lain dan meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa memahami maksudnya. Mereka suka mengulangi percakapan orang lain secara berulang-ulang yang dikenali dengan istilah ekolalia. Kebiasaannya mereka tidak suka bermain dengan orang lain (lebih suka menyendiri dengan menyorok) dan lebih sukakan objek-objek yang berputar seperti kipas angin ataupun kertas yang ditiup angin. Penggunaan Ritalin bertujuan untuk merawat masalah kurang tupuan dan hiperaktif selain vitamin B6 dan Magnesium untuk meningkatkan kesedaran dan tumpuan/perhatian kanak-kanak.
Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorder, ADHD) Istilah hiperaktif merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkahlaku terlampau aktif dan mengganggu. Tingkahlaku mereka yang aktif dan sukar diramal memberi gangguan kepada proses pengajaran guru di sekolah mahupun penjagaan harian di rumah. Paling ketara mereka bersikap agresif (contohnya memulakan pergaduhan dan pertengkaran), cuai menyiapkan tugasan, tidak mahu mendengar apabila kita bercakap dengannya selain mengelak membuat tugasan yang memerlukan pengekalan daya mental. Kanak-kanak ADHD memerlukan sokongan dari ibubapa dan guru dalam belajar mengurus perasaan marah dan tekanan. Ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman. Selain itu sikap tegas terhadap murid, memberi maklumbalas impromptu dan bersifat pemaaf boleh membantu mendidik murid ADHD.
Disleksia Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid mengalami masalah membaca yang serius, yang berkait-rapat dengan gangguan urat saraf. Mereka kelihatan normal tetapi kecelaruan pada bahagian otaknya menyebabkan mereka sukar untuk membaca, menulis, mengeja mahupun mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya walaupun telah diajar berkali-kali. Kanak-kanak ini berisiko menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku kerana kecewa dengan pencapaian mereka dalam akademik yang tidak selaras dengan umur mereka. Punca disleksia tidak diketahui tetapi faktor genetik, biologi (kesukaran ketika dilahirkan) juga kematangan (lelaki lambat matang dari perempuan) dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada disleksia. Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan untuk kanak-kanak disleksia adalah melalui pendekatan multisensori; menggabungkan beberapa deria seperti auditori, visual, oral dan kinestetik.

Prosedur Kemasukan ke Program Pendidikan Khas
Program pendidikan khas bermasalah pembelajaran atau program integrasi terletak di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk melayakkan seseorang kanak-kanak mengikuti program ini, beberapa criteria harus diikuti seperti :
· Membawa kanak-kanak ke hospital untuk pemeriksaan. Doktor akan membuat diagnos dan membuat pengesahan kecacatan kanak-kanak tersebut.
· Pengesahan tersebut dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (opsyenal) untuk didaftarkan sebagai individu berkeperluan khas. Ini melayakkan kanak-kanak mendapat elaun bantuan RM50 sebulan.
· Kanak-kanak seterusnya mendaftar ke Pejabat Pendidikan Daerah. Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan akan memanggil ibubapa bagi menentukan sekolah yang ingin dipilih.
· Unit Pendidikan Khas akan memaklumkan kepada Guru Besar sekolah berkenaan. Temuduga murid dijalankan.
· Ibubapa harus membuat pengesahan penerimaan atau persetujuan untuk anak mereka mendaftar di sekolah tersebut jika diterima masuk ke sekolah berkenaan

Isnin, 28 November 2011

KENALI PENDIDIKAN KHAS 2

PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
  • Perkembangan mental
  • Kestabilan emosi
  • Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993

Rabu, 16 November 2011

KENALI PENDIDIKAN KHAS 3


KENALI MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN (SECARA RINGKAS)

LEMBAM


Lembam atau Slow Learner merupakan salah satu daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan Khas Bermasalah pembelajaran.
Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran atau menerima pelajaran.)
Murid lembam mempunyai tahap keupayaan intelek sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal.
Mereka mempunyai kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus, menyusun, menyimpan, dan mengingat dengan berkesan.





DISLEKSIA



Disleksia atau Dyslexia merupakan salah satu daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan Khas Bermasalah pembelajaran.

Disleksia bermaksud kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar, dan bercakap.

Tiada ubat dalam masalah disleksia kerana ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini dapat dikurangkan.

Murid disleksia bukannya mengalami kecacatan pada mata tetapi mereka mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina, atau bangsa. 




AUTISMA

Autisma merupakan salah satu daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan Khas Bermasalah pembelajaran.

Autisma  bermaksud ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain dirinya sendiri. Autisma juga menyebabkan perkembangan diri kanak-kanak menjadi tidak menentu.

Peringkat awal autisma boleh dikesan pada awal usia kelahiran ataupun sekurang-kurangnya pada peringkat umur yang awal.

Tiada ubat dalam masalah autisma kerana ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini dapat dikurangkan.

Autisma  melibatkan orang dari pelbagai latar belakang 

tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau taraf ekonomi.






SINDROM DOWN

Sindrom Down atau Mongolisme merupakan salah satu daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan 
Khas Bermasalah Pembelajaran.

Sindrom Down  membawa maksud tanda-tanda dan ciri-ciri 

yang menunjukkan terdapat sesuatu penyakit.

Sindrom Down merupakan kecacatan 

baka (genatik) yang 

tidak boleh diubati. Ianya berlaku 

disebabkan oleh mutasi 

pada kromosom di mana sel badan mempunyai 47 

kromosom dan bukan seperti orang normal lain iaitu 46 

kromosom. Tiada ubat dalam masalah Sindrom Down tetapi 


dengan program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini 


dapat dikurangkan.

Sindrom Down  melibatkan orang dari pelbagai latar 

belakang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau taraf 

ekonomi. 





HIPERAKTIF

Hiperaktif merupakan salah satu daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Hiperaktif  merujuk kepada tingkah laku kanak-kanak 

yang terlampau lasak, aktif, nakal, agresif dan keadaannya 

tidak menentu jika dibandingkan dengan 

tahap pencapaian 

kanak-kanak normal.

Kecelaruan tingkah laku ini kerap 

berlaku kepada kanak-

kanak yang berumur 8 tahun dan akan 

berkurang secara beransur-ansur apabila mereka


 meningkat dewasa. Hiperaktif dapat dikurangkan dengan 


bantuan ubat tetapi 

hanya untuk tempoh masa yang sementara.

Namun tetapi, dengan program pendidikan yang 

bersesuaian, akan lebih membantu untuk mengurangkan 

masalah ini. Hiperaktif  melibatkan orang dari pelbagai 


latar belakang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau 


taraf ekonomi. 

Rabu, 2 November 2011

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Rabu, 19 Oktober 2011

KENALI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI (PPKI)-

Salah satu contoh Sukatan Pelajaran bagi Komponen- Komponen yang diajar di kelas PPKI : bagi Bidang Riadah dan Kreatif

 

BIDANG RIADAH DAN KREATIF


Skop

Bidang Riadah dan Kreatif ini perlu untuk mencungkil dan mengembangkan bakat, potensi serta minat murid-murid. Sokongan dan bimbingan guru perlu untuk membolehkan murid melibatkan diri secara aktif mengikut kemampuan dan kebolehan mereka. Tujuan bidang ini adalah untuk membantu murid dalam perkembangan fizikal, melahirkan idea, espresi diri, membentuk perhubungan dan dengan persekitaran dan berdikari. Bidang ini juga dapat menyediakan murid untuk memenuhi keperluan semasa dalam hidup bermasyarakat serta menggunakannya sebagai aktiviti masa lapang.

Bidang


Bidang ini merangkumi empat komponen iaitu :-
1.            Pendidikan  Jasmani dan Kesihatan
2.            Pendidikan Seni
3.            Pendidikan Muzik
4.            Drama

Objektif Umum


Bidang Riadah dan Kreativiti membolehkan murid :

  1. mengetahui keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
  2. menunjukkan kemahiran kognitif dan psikomotor murid.
  3. memperluaskan bakat dan kreatif
  4. menilai keindahan alam dan warisan budaya



OBJEKTIF

KANDUNGAN

1.    Pendidikan jasmani dan  kesihatan
Membolehkan murid :
1.1       melakukan pergerakan motor kasar.

1.2       menamakan alatan dan  kegunaannya.

1.3       melakukan pergerakan  motor kasar  menggunakan  alatan.

1.4       mengenal permainan dan memainkannya mengikut   peraturan.


1.5       melakukan gerakan mengikut  arahan.



1.6       mempraktikkan penjagaan    kesihatan.

1.7       memilih pakaian yang  sesuai dengan aktiviti sukan.




1.8       menjaga  kebersihan.


1.9       mengamalkan cara pemakanan yang seimbang.

1.10    rekreasi
























2.    Pendidikan Seni
A.     Melukis
Membolehkan murid :                  
2.1       melakukan  kemahiran motor kasar.

2.2       mengawal pergerakan motor halus.


2.3       menguasai kemahiran  melukis.

2.4       menggunakan alatan seni lukis.






2.5       mengenal,  membeza dan menggunakan   warna dengan betul
B.      Membuat corak dan rekaan

Membolehkan murid :
2.6       mereka corak





C.     Mereka dan membuat  binaan

2.7    Menghasilkan binaan mengikut kreativiti




D.     Mengenal kraf  tangan       

2.8    mengenal kraf

2.9    mereka kraf  mudah untuk
     kegunaan tertentu




        Lokomotor dan   bukan lokomotor


1.2.1        Jenis-jenis alatan


1.3.1       Penggunaan alatan


1.4.1       Permainan dalaman
1.4.2       Permainan luaran
1.4.3       Olahraga balapan
1.4.4       Olahraga padang

1.5.1       Pergerakan  mengikut arahan
1.5.2       Asas pergerakan
1.5.3       Pergerakan kreatif
1.5.4       Asas Gimnastik

1.6.1       Penjagaan asas kesihatan


1.7.1       Jenis-jenis pakaian sukan




   
1.8.1       Aspek-aspek   penjagaan kebersihan

1.9.1       Pemakanan    seimbang

 
1.10.1     Rekreasi di darat
1.10.2     Rekreasi di air


























2.1.1      contengan
          
   
2.2.1      pergerakan jari- jemari secara bebas.
2.2.2      pergerakan secara terkawal 

2.3.1      aktiviti-aktiviti melukis

2.4.1      pengenalan alatan seni lukis
2.4.2      fungsi alatan seni lukis
2.4.3      penggunaan alatan seni lukis
2.4.4      melukis menggunakan unsur seni
2.4.5      penggunaan pelbagai media dan teknik

2.5.1       warna-warna asas
2.5.2       warna-warna sekunder



2.6.1       secara bebas
2.6.2       secara terancang
2.6.3       Secara tidak  terancang
2.6.4       mencorak  menggunakan  komputer




2.7.1       jenis bahan binaan
2.7.2       binaan bebas
2.7.3       binaan terkawal
2.7.4       teknik membentuk
2.7.5       ukiran mudah



2.8.1       kraf tradisional

2.9.1       kraf tangan  menggunakan  bahan semula jadi
2.9.2       kraftangan menggunakan  bahan kitar semula
2.9.3       mereka cipta kraf  tangan


3.     Pendidikan muzik dan gerakan
Membolehkan murid :
3.1      menguasai kemahiran mendengar
3.2      melakukan gerakan untuk menghasilkan bunyi

3.3      melakukan gerakan mengikut irama








3.4      meningkatkan bakat dan minat dalam nyanyian

3.5      mengenal dan memainkan alat genderang

3.6      melakukan latihan asas lakonan


3.7      meningkatkan imaginasi melalui tingkahlaku / pergerakan

3.8      meningkatkan penguasaan kemahiran berkomunikasi

3.9      menambahkan minat terhadap kerjaya melalui lakonan




3.1.1       Jenis-jenis bunyi dan nada

3.2.1       Anggota badan


3.3.1       Gerakan mengikut irama
a.        Bebas
b.        Terkawal
c.        Kreatif

3.3.2       Apresiasi muzik
3.3.3       Jenis-jenis tarian
3.3.4       Asas gimrama
3.3.5       Asas senamrobik

3.4.1      Nyanyian


3.3.1      Genderang


3.6.1      Latihan asas lakonan


3.7.1      Penghayatan watak


3.8.1      Penghayatan skrip / dialog


3.9.1       Watak
3.9.2       Drama
3.9.3       Penerbitan drama