KENALI MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN (SECARA RINGKAS)
LEMBAM
Lembam atau Slow Learner merupakan salah satu daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan Khas Bermasalah pembelajaran.
Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran atau menerima pelajaran.)
Murid lembam mempunyai tahap keupayaan intelek sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal.
Mereka mempunyai kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus, menyusun, menyimpan, dan mengingat dengan berkesan.
DISLEKSIA
DISLEKSIA
Disleksia atau Dyslexia merupakan salah satu daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan Khas Bermasalah pembelajaran.
Tiada ubat dalam masalah disleksia kerana ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini dapat dikurangkan.
Murid disleksia bukannya mengalami kecacatan pada mata tetapi mereka mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina, atau bangsa.
AUTISMA
Autisma merupakan salah satu daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan Khas Bermasalah pembelajaran.
Autisma bermaksud ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain dirinya sendiri. Autisma juga menyebabkan perkembangan diri kanak-kanak menjadi tidak menentu.
Peringkat awal autisma boleh dikesan pada awal usia kelahiran ataupun sekurang-kurangnya pada peringkat umur yang awal.
Tiada ubat dalam masalah autisma kerana ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini dapat dikurangkan.
Autisma melibatkan orang dari pelbagai latar belakang
tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau taraf ekonomi.
SINDROM DOWN
Sindrom Down atau Mongolisme merupakan salah satu daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran.
Sindrom Down membawa maksud tanda-tanda dan ciri-ciri
yang menunjukkan terdapat sesuatu penyakit.
Sindrom Down merupakan kecacatan
baka (genatik) yang
tidak boleh diubati. Ianya berlaku
disebabkan oleh mutasi
pada kromosom di mana sel badan mempunyai 47
kromosom dan bukan seperti orang normal lain iaitu 46
kromosom. Tiada ubat dalam masalah Sindrom Down tetapi
dengan program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini
dapat dikurangkan.
dengan program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini
dapat dikurangkan.
Sindrom Down melibatkan orang dari pelbagai latar
belakang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau taraf
ekonomi.
HIPERAKTIF
Hiperaktif merupakan salah satu daripada kategori kecacatan di bawah Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Hiperaktif merujuk kepada tingkah laku kanak-kanak
yang terlampau lasak, aktif, nakal, agresif dan keadaannya
tidak menentu jika dibandingkan dengan
tahap pencapaian
kanak-kanak normal.
Kecelaruan tingkah laku ini kerap
berlaku kepada kanak-
kanak yang berumur 8 tahun dan akan
berkurang secara beransur-ansur apabila mereka
meningkat dewasa. Hiperaktif dapat dikurangkan dengan
bantuan ubat tetapi
meningkat dewasa. Hiperaktif dapat dikurangkan dengan
bantuan ubat tetapi
hanya untuk tempoh masa yang sementara.
Namun tetapi, dengan program pendidikan yang
bersesuaian, akan lebih membantu untuk mengurangkan
masalah ini. Hiperaktif melibatkan orang dari pelbagai
latar belakang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau
taraf ekonomi.
latar belakang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau
taraf ekonomi.